semuanya bermula kita saya berumur 5 tahun iaitu pada tahun 1997, mama saya bawa semua adik beradik keluar rumah kerana tidak tahan dengan sikap ayah yang suka boros dan ''immature'' dalam erti kata lain tidak pandai jalankan tanggungjawab sebagai ayah. mungkin saya terlalu kecil hendak memahami situasi tersebut dan saya menurut sahaja perintah mama keluar rumah.
apa yang ingat pada usia 6 tahun, saya berada dirumah nenek dan sekolah tadika bersama abang saya pada waktu tu sekolah tadika disana. adik saya yang nombor 3 seingat saya berada di rumah arwah datuk saya yg saya panggil Tok ki bersama dengan adik bongsu saya. masa itu kecil tidak tahu apa-apa lagi.
saya pada darjah 1, saya pergi sekolah dengan jalan kaki sejauh 1 kilometer dan ditemani nenek saya. tiada siapa yg sudi hantar saya walaupun suadara sendiri berada . mungkin waktu itu tiada kenderaan. ayah suadara saya cuma ada motor. masa itu saya tinggal seorang dengan nenek sebab abang saya diambil oleh ayah saya. nak tahu apa jadi bila diambil ayah saya... abang tidak pergi kesekolah. malah terpaksa mencuri nasi bungkus kerana lapar.lepas itu abang saya dihantar kerumah arwah mak suadara saya yg tinggal di kuantan tidak silap.
semua orang cakap senang, semua orang bertanya saya, padahal saya masih kecil tidak mengerti apa-apa dan tidak pandai nak menjelaskannya. emak saya berkerja dikuala lumpur untuk mencari nafkah pada kami. cuba bayangkan kalau emak saya kerja dikampung?? mungkin tidak mampu. malah, mungkin dibenci suadara lain jika menetap dikampung. meraka pandai berkata tidak faham dengan kesusahan kami, bila mak saya dah business kecilan dan mampu membeli serba sedikit kehendak kami, dituduh pulak mama kami kerja sebagai 'GRO'.
saya masih ingat saya disekolah menengah saya pergi menaiki bas, mereka bukan ada kereta walaupun berpangkat ayah saudara tp mereka anggap kami orang luar. saya pergi sekolah dengan bas..masih ingat lagi saya terpaksa jalan kaki balik rumah kerana ketingglan bas sebab sekolah petang. nak tambang teksi duit takda. memang saya akui saya nakal, sangat nakal, tapi ayah saudara akan datang dan pukul saya. datang rumah kerana nak pukul. mana pernah mereka tanya pasal kami. mereka tidak menjaga kami. tidak pernah tumpangkan kenderaan kesekolah. saya sedih kenapa mereka benci sangat pada kami???
sedangkan saya masih-masih budak2 waktu itu. mungkin ada hikmah sebaliknya, saya tak abaikan pelajaran. sebab waktu tu, kalau fikir saya kena belajar sebab itu yang mama kami mahu. allahamdullilah saya duduk dengan nenek yang tidak pandai membaca, tidak pergi tuition dapat tawaran ke MRSM saya nak pergi waktu itu, tp saya takut saya tak mampu survive di asrama nanti. sampai saya degree sekarang dan insyallah jika ada rezeki akan ke UK untuk sambung master nanti. saya tinggal dengan nenek sampai tingkatan 5. mungkin mereka marah pada kami beradik sebab tinggal rumah nenek, nenek yang tua2 memasak untuk kami. mungkin diorang benci itu. mmg masa itu mmg kami akan ke kuala lumpur waktu lepasan PMR. sebab masa itu kewangan mak saya sudah stabil dan ada rumah sendiri. tapi nenek tidak kasi. setiap pukulan ayah suadara kenakan pada saya, sampai mati saya tak kan lupakan. adakah saya degil pada mereka???? adakah mereka bagi makan minum pada kami jaga kami sampai boleh memukul kami?
saya penat sekarang dengan hidup, maksud saya hidup dalam kesedihan fikir mengenai nasib kami sekeluarga. mungkin kalau kami jenis berharta, ramai yang akan suka kami.
sambungan
No comments:
Post a Comment